Rabu, 1 Oktober 2014

Pengenalan Sistem Hidraulik

PENGENALAN

Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem stering kuasa (Power Strering) ataupun sistem brek, satelit dan sebagainya. Sistem ini menggunakan cecair sebagai media penghantaran kuasa. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh di mampatkan dan berfungsi sebagai bahan pelicin. Sistem hidraulik adalah tahan lasak . Sistem hidraulik mengaplikasikan hokum pascal di mana tenaga boleh di pindahkan melalui cecair.



Rajah 1 : Prinsip asas hidraulik (Pascal Law) 

Rajah 1 diatas menunjukkan hukum pascal mengenai prinsip asas hidraulik. F1 adalah tekanan/Daya yang di kenakan ke atas A1(Omboh) di mana P1(Tekanan Rendah ) akan berusaha untuk mencari ruang bagi mengeluarkan Cecair yang termampat di dalam bekas tersebut .Oleh yang demikian ia akan menolak F2 yang akan membantu menolak A2(Omboh 2) ke atas di mana tekanan akan beransur – ansur menjadi tinggi seterusnya mengangkat beban yang terdapat di atasnya.



KOMPONEN-KOMPONEN ASAS SISTEM HIDRAULIK

i) Centrifugal pump


                                                                       Rajah 2

ii) Gear pump(Pump gear dalaman)



Rajah 3


Pam ini berfungsi apabila Gear  yang berada di dalam pam ini akan membantu memindahkan  cecair dari tangki  . Cecair yang berada di dalam tangki ini bertekanan rendah di mana ia akan di sedut keluar . . dalam keadaan bertekanan tinggi untuk di salurkan kepada system.



Pengoperasian Pump Dalam Sistem Hidraulik

1.      Cecair yang berada di dalam tangki akan masuk ke dalam pam apabila di hidupkan.

2.      Bilah yang terdapat di dalam pam akam membantu menjadikan minyak bertekanan tinggi.

3.      Apabila minyak bertekanan tinggi ia di lepaskan melalui saluran yang di sediakan untuk digunakan di dalam sistem.



Injap Hidraulik(Valve)

Valve berfungsi sebagai pengatur untuk  menentukan arah pergerakan minyak. Ini  bermakna pergerakan minyak ke silinder hanya boleh di kawal menggunakan valve sahaja  . Terdapat beberapa jenis valve yang di gunakan di dalam industri.
Antara contoh-contoh valve hidraulik adalah:

·         2/2 way valve
·         4/2 way valve
·         4/3 way valve

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The Rooftop Casino Site – LuckyClub.live
The luckyclub.live Rooftop Casino Site – LuckyClub.live is a licensed UK-licensed casino. This casino offers over 1200 slots games to its members and is one of the most